Fun Ride 2024 Photobook merupakan sebuah e-buku yang menghimpunkan detik-detik bermakna sepanjang program Fun Ride 2024: Love Your Heart.
E-buku ini mengabadikan momen kegembiraan, semangat kesukanan, dan keakraban para peserta yang turut serta dalam acara kayuhan santai ini.
Selain sebagai kenangan berharga bagi semua yang terlibat, e-buku ini turut menjadi bukti kejayaan program dalam memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan aktiviti fizikal dalam menjaga kesihatan jantung.
Semoga Fun Ride 2024 Photobook ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai individu untuk terus aktif dan menjadikan berbasikal sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat mereka.